Monday, October 15, 2012

KUBU BN DI PEDALAMAN SABAH HANCUR BERKECAI OLEH APS DAN PR

PENSIANGAN, 12 Oktober 2012: ‘Rakyat Menguasai’..begitulah hebat kata-kata Datuk Dr. Richard Gunting dan diiringi dengan sorakan gemuruh ribuan penyokong APS yang hadir.

Sesungguhnya rakyat di Pensiangan kini sudah berubah dan sedar betapa mereka telah ditipu selama 49 tahun di bawah kuasa pembohongan dan penindasan Barisan Nasional. Kehadiran mereka dari seluruh pelusuk  Parlimen Pensiangan merangkumi Sook dan Nabawan sangat mengujakan kepada siapa yang hadir, terutamanya Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Dato ‘ Seri Anwar Ibrahim. 

Pengakuan beliau bahawa sambutan rakyat pada kali ini adalah yang teramai sekali pernah diadakan di Pedalaman membuktikan penyatuan KDM di bawah naungan APS membuatkan Barisan Nasional tidak keruan lagi. 

Beliau telah menekankan peranan APS di bawah pimpinan Datuk Seri Panglima Wilfred M Bumburing sangat penting dalam misi menumbangkan BN dan UMNO pada pilihanraya kali ini. 

Beliau juga mengucapkan setinggi tinggi tahniah kepada penyelaras APS Pensiangan yang mana telah menganjurkan satu perhimpunan yang sangat berjaya serta telah menyedarkan rakyat Pensiangan bahawa tiada lagi yang mereka harus tunggu daripada BN.
Sebelum itu, dalam ucaptama Datuk Dr. Richard Gunting di hadapan lebih kurang 3,000 orang, selepas beliau melakukan analisis menyeluruh ke atas masalah utama rakyat di Pensiangan, selain daripada masalah asas keperluan hidup seperti bekalan air, tempat tinggal dan makanan,terdapat 2 masalah yang sangat membimbangkan. 

Pertama, rakyat di pensiangan berdepan dengan masalah persempadanan semula hutan simpan. Kebanyakkan kawasan tempat tinggal rakyat Pensiangan yang majoritinya berbangsa Murut dan masih ramai malah hampir kesemua mereka masih bergantung kepada tanah-tanih untuk bercucuk tanam. 

Masalah timbul apabila tanah yang sudah diduduki oleh generasi mereka terdahulu tiba-tiba digazetkan sebagai hutan simpan dan ini menggambarkan masa depan yang gelap bagi mereka. Rayuan dan rintihan mereka selama ini tidak mendapat perhatian sewajarnya daripada kerajaan. 

Malah ada yang dihalau keluar daripada tempat asal mereka. Terdapat banyak kes penduduk asal terpaksa mencari tempat di kawasan lain hanya kerana ada syarikat-syarikat tertentu yang memperolehi tanah secara segera dengan keluasan beribu-ribu hektar. 

Sesungguhnya penyelesaian oleh kerajaan BN melalui geran komunal merupakan satu lagi penganiayaan terhadap rakyat asal Pensiangan. Mereka tidak diberikan hak sepenuhnya kepada tanah yang sepatutnya mereka duduki sebaliknya tanah tersebut boleh ditarik pada bila-bila masa mengikut kehendak kerajaan BN. 

Masalah kedua ialah, kehadiran semakin ramai pendatang tanpa izin di sekitar kampung-kampung lantaran daripada pembukaan ladang kelapa sawit. Yang menghairankan, terdapat ramai daripada mereka ini sudah mempunyai kad pengenalan dan mereka suatu hari nanti akan merampas hak tanah adat penduduk di situ.
Majlis perjumpaan tersebut berakhir lebih kurang jam 5.00 petang dan DSAI terpaksa bergegas ke Dewan Perlancongan Keningau untuk menghadiri siri jelajah yang sama.
KENINGAU, 12hb Oktober 2012: Sambutan bersama rakyat anjuran APS dan PR keningau tidak kurang hebatnya. Kehadiran lebih kurang 2,500 penyokong sekitar Tambunan dan Liawan menggamatkan suasana. 

Buat pertama kalinya dewan Perlancongan Keningau tersebut penuh sehingga ke luar dewan membuktikan betapa KDM di Keningau mahukan perubahan di PRU13 ini. Anjuran tersebut telah dipengerusikan oleh Stephen Sandor selaku ketua cabang PKR Keningau dengan kerjasama DAP dan PAS. Penyatuan KDM di bawah APS dan diketuai oleh Datuk Seri Panglima Wilfred M Bumburing akan menghancurkan kubu kuat BN di Pedalaman Sabah.
Sebaik sahaja ketibaan DSAI, sorakan keramat REFORMASI! dan TUKAR! berkumandang menggegarkan dewan. Dengan prestasi yang sangat baik ini, DSAI amat yakin bahawa pada PRU13 BN Sabah akan tumbang seiring dengan tumbangnya UMNO di Putrajaya. 

Dalam majlis yang gilang gemilang tersebut, kejutan pengistiharan Timbalan Ketua PBS Bahagian Liawan memastikan sekali lagi bahawa PBS di Keningau akan mengalami kekalahan. Saudara Philip Sintan bersama 150 orang penyokong telah mengistiharkan keluar PBS dan menyokong perjuangan Pakatan Rakyat disaksikan oleh DSAI dan DSP Wilfred M Bumburing. Pengerusi APS telah mengucapkan syabas dan tahniah kepada kesedaran Pemimpin PBS tersebut. 

Mereka telah meninggalkan PBS kerana sudah puas berjuang namun tidak diendahkan. Antara ketidakpuasan hati mereka ialah cara rakyat tempatan dilayan oleh UMNO di DUN Liawan. Pendatang Tanpa Izin yang mempunyai kad pengenalan semakin hari semakin ramai. Fenomena ini jelas menggambarkan kerisauan penduduk asal dengan kehadiran PTI. 

Jumlah mereka yang ramai ini sudah tentu akan menindas dan merebut hak kuasa penentu rakyat asal. Dan kini mereka juga telah sedar bahawa selagi mereka dalam PBS, selagi itulah mereka merasakan bahawa mereka seakan akan bekerjasama dengan UMNO dalam perihal berkaitan kad pengenalan PTI di Keningau. Mereka sudah tidak sanggup lagi untuk menerima kenyataan ini.
Perjumpaan tamat dengan jayanya pada sekitar jam 8.00 malam, destinasi DSAI seterusnya ialah ke Parlimen Tenom. 

Rakyat Keningau ternyata puas dengan penerangan yang diberi oleh kedua-dua pemimpin yang digeruni oleh Barisan Nasional ini.TUKAR!!!!!! - SUMBER

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular