Thursday, September 27, 2012

UNTUK SEBARAN : Apa Yang Selangor Bagi Kepada Rakyat Selangor? +Video

Selangor terus berjaya mengatasi negeri lain di dalam negara dengan jumlah pelaburan kira-kira RM7 bilion sejak Januari hingga Julai lalu.

 Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata perkembangan ekonomi global yang tidak menentu tidak sedikitpun menjejaskan minat pelabur untuk terus menanam modal di negeri ini. 

 Beliau berkata, keyakinan pelabur itu adalah petanda baik bagi pertumbuhan ekonomi di Selangor. 

 P/S : Takde pun bankrap negeri Selangor ni yer....dahlah bagi macam-macam...ekonomi pun berkembang dgn baik....

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah Menteri Besar Selangor yang ke-14 dan merupakan Menteri Besar pertama yang bukan mewakili Barisan Nasional.

Selepas lebih 4 tahun mentadbir Negeri Selangor, beliau melakukan banyak perubahan khususnya dalam memberi kebajikan kepada rakyat Selangor menerusi agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor atau MES dengan menjadikan dasar Hasil Negeri Untuk Rakyat sebagai tunjang utama.

Umum mengetahui semangat perjuangan beliau untuk menuntut keadilan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama di samping membanteras penyelewengan dan salah guna kuasa tetapi masih ramai yang tidak tahu kisah hidup beliau sejak zaman kanak-kanak sehingga menjadi pemimpin nombor satu di Negeri Selangor. 

Bermula sebagai penjual kelapa salai sehinggalah menjadi CEO, Tan Sri Abdul Khalid tidak lagi menoleh ke belakang dan terus melangkah ke hadapan dengan membawa bersama rakyat Selangor ke era perubahan. 

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim layak dijadikan ikon kepada remaja dan belia kerana semangat dan dedikasinya demi memelihara kepentingan dan kebajikan rakyat.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular