Tuesday, September 25, 2012

UMNO Kantoi!!! Anwar Jawab Isu Pesawat Mewah


Pemilik jet tidak harap balasan - DSAI 
Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa pemilik jet peribadi yang membenarkan pesawat itu digunakan oleh pemimpin Pakatan Rakyat berbuat demikian tanpa mengharapkan balasan.
Anwar berkata, "rakannya" itu membenarkan beliau menggunakan pesawat berkenaan disebabkan "masalah logistik" untuk perjalanan ke Sabah dan Sarawak. 

 Katanya, pemilik jet berkenaan memberitahunya supaya menyatakan identitinya sebagai "seorang rakan". "Saya tanya dia jika dia memohon tanah di Selangor, sekiranya dia ada kepentingan di Pulau Pinang, Kedah atau Kelantan, walaupun ini bukan sebahagian dari perjanjian. Dia kata tiada. "(Maka, bantuan tersebut) tidak terikat dengan apa-apa," kata Anwar. 
Katanya, pemilik jet tersebut – dipercayai dari jenis Dassault Falcon 7X – merupakan seorang yang dikenalinya untuk sekian lama. Jet berkenaan berpengkalan di Kuala Lumpur dan didaftarkan dengan Jabatan Penerbangan Awam. "Ia digunakan untuk perjalanan dari Kuala Lumpur ke Labuan, Kota Kinabalu, Kuching dan kembali ke Kuala Lumpur... Kalau boleh, saya mahu pinjam lagi," katanya. [MK]

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular