Monday, September 10, 2012

Saham FGVH menjunam lagi.. Alamak Pakcik "KAYAP"


Saham FGVH menjunam, peneroka mula rugi

KUALA LUMPUR: Saham Felda Global Venture Holding (FGVH) terus menjunam jatuh dengan pantas menuju harga awal ketika dilancarkan iaitu RM4.55 apabila jatuh lapan sen lagi tengahari ini.
Saham itu terus jatuh sebanyak 89 sen sejak mencecah RM5.55 pada 5 Julai lalu dan ditutup pada harga RM4.69 tengahari ini.

Saham FGVH terus jatuh selepas mencecah batasan saikologinya apabila jatuh ke RM5.00 Rabu minggu lepas, iaitu jatuh sehingga 31 sen.

Mula rugi
Sementara itu, Penasihat Ekonomi Anak (Persatuan Anak Peneroka Felda), Dr Rosli Yaakob (gambar) berkata, peneroka Felda kini mula rugi apabila sahamnya jatuh melepasi 4.70.

Ini kerana, dividen yang diperolehi tidak akan mampu menampung interest pinjaman yang mereka buat untuk membeli saham FGVH.

"Kadar interest pinjaman mereka untuk membeli saham ini pada kadar RM4.45 kini lebih tinggi berbanding dengan dividen yang mereka perolehi," kata Dr Rosli.

Kini, semasa laporan ini ditulis, saham FGVH adalah lebih rendah dari RM4.70 iaitu RM4.69.- Harakahdaily,

Saham FGV Runtuh
Alamak Turun lagi kepada Rm4.69 Update..Jam 14.19PM (10/9/2012) terkini pada jam 5.19PM 4.68. - SUMBER

http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/09/saham-fgvh-menjunam-lagi-alamak-pakcik.html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular