Thursday, September 6, 2012

PRU13 : Umum je lah Najib.. kami tak suspen pun... +Video

Najib: 'Saya rasa nak umum pilihan raya dah'Najib: 'Saya rasa nak umum pilihan raya dah' 
6 September 2012 MACHANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi bayangan terbaru hari ini – kali ini di Kelantan – mengenai tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang menjadi bahan spekulasi sejak awal tahun lalu.

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, beliau "sudah mahu" mengumumkan tarikh PRU13 yang dinanti-nantikan banyak pihak. "Ambo rasa nak umum pilihan raya dah. Pilihan raya ini sebenarnya untuk apa. Ini adalah untuk masa depan kita," katanya dipetik Bernama hari ini. 

Beliau berkata demikian pada Majlis Jom Beraya Bersama Perdana Menteri di Sekolah Menengah Kebangsaan Hamzah di sini, hari ini. Najib turut meluangkan masa menghadiri jamuan Aidilfitri di Besut hari ini. Hujung bulan lalu, ketika berucap di Baling, Kedah, Najib secara berseloroh berkata, beliau sudah ada semangat untuk membubarkan Parlimen - bagi membuka laluan kepada PRU13, yang pertama bagi beliau selaku Perdana Menteri dan Pengerusi BN. 

"Semangat nak bubar Parlimen... tengoklah dulu," kata beliau di akhir ucapannya ketika merasmikan mesyuarat perwakilan berkumpulan enam bahagian Umno Selatan Kedah di Kompleks Rakan Muda Baling. Sebelum ini ramai meramalkan bahawa PRU13 akan diadakan Jun atau awal Julai lalu sebelum bermulanya bulan Ramadan. 

Bagaimanapun spekulasi terbaru selepas 1 Syawal menunjukkan ramai meramalkan PRU13 akan diadakan November ini selepas pembentangan Bajet 2013 pada 28 September ini. Pun begitu ada yang menjangkakan ia hanya akan dipanggil selepas Februari depan. 

Najib selaku Perdana Menteri mempunyai budi bicara untuk membubarkan Parlimen dengan memperoleh perkenan Yang di-Pertuan Agong. Di Stadium Nasional juga, pada 11 Mei lalu, Najib menyampaikan ucapan dengan berseloroh bahawa "rasa-rasa esok saya hendak menghadap Yang di-Pertuan Agong (untuk mendapatkan perkenan)... adakah kita sudah bersedia, sudah bersedia, sudah bersedia?" . SH

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular