Monday, September 10, 2012

Penegasan Status Ust Nasha oleh Presiden PAS. ..UBN akan tumbang


Presiden PAS: Nasha kekal dalam majlis syura
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa bekas timbalannya, Nasharuddin Mat Isa masih kekal sebagai anggota Majlis Syura Ulama parti itu.

Katanya, kedudukan Nasharuddin tidak dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa berkenaan, yang berlangsung selama dua jam, lewat malam malam ini.

Sebaliknya, mesyuarat berkenaan adalah untuk membincangkan mengenai calon PAS yang akan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang, kata Abdul Hadi lagi kepada pemberita.

Ditanya sama ada Nasharuddin akan kembali dicalonkan PAS dalam pilihan raya itu, Abdul Hadi berkata perkara itu akan diumumkan kemudian.

"Majlis Syurat meluluskan senarai calon yang akan bertanding dan terpulang kepada PAS negeri dan PAS kawasan (untuk memutuskan senarai tersebut)," katanya lagi dalam sidang media di ibu pejabat parti itu.

Nasharuddin, yang kelihatan ceria selepas mesyuarat berkenaan, turut menyertai sidang media bersama Abdul Hadi namun enggan memberi sebarang ulasan. -mk
Tiada Tindakan Ke Atas Nasharudin, Beliau Masih Ahli Majlis Syura

Majlis Syura Ulamak Pas yang telah bersidang kira-kira jam 9:20 minit malam tadi telah pun selesai mesyuarat. Mesyuarat yang ditunggu-tunggu kerana ia dikatakan membincangkan kedudukan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa tidak memberi sebarang kejutan.

Nasharudin hadir di majlis berkenaan dan tidak ada apa-apa tindakan dibuat. Nasharudin masih seorang anggota majlis syura. Keputusan ini sesuatu yang bijak dan ia tentulah mengecewakan pihak-pihak yang mahu melihat Pas berkecamukkan sesama sendiri menerusi isu Nasharudin ini.

Pihak musuh Pas yang kian naif dan miskin isu menanti untuk menjaja isu Nasharudin kononnya dipecat oleh Pas. Atas keputusan bijak dan matang malam ini diucapkan berbanyak terima kasih. Tentu semua ahli Pas baik yang sayang kepada Nasharudin atau yang terkilan akan dapat tidur dengan nyenyak dan bermimpi indah UBN akan tumbang.

Kepada Nasharudin semoga selepas ini lebih berhati-hati dalam mengeluarkan apa-apa kenyataan atau memperagakan diri agar tidak menjadi isu. [wm.kl.11:26 pm 09/09/12]


Majlis Syura tak bincang isu Nasharudin

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Syura PAS malam tadi tidak membincangkan sebarang isu berkait kedudukan bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa.


Menurut Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, mesyuarat lebih dua jam malam tadi hanya memberi fokus kepada perkara-perkara yang berkait pilihan raya khususnya senarai calon yang akan bertanding.

Berhubung kedudukan Nasharudin katanya, tiada sebarang masalah yang timbul dan tiada keperluan bagi majlis syura membincangkannya.

"Mesyuarat tak bincang isu Ustaz Nasharudin dan dia pun ada dalam mesyuarat tadi.

"Tidak berbangkit untuk bincang isu Ustaz Nasha kerana tiada masalah yang timbul. Siapa kata ada masalah?" kata beliau selepas selesai mesyuarat di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut malam tadi.

Sehubungan itu jelasnya, kedudukan Nasharudin kekal sebagai anggota Majlis Syura PAS dan tiada sebarang tindakan akan diambil terhadap Ahli Parlimen Bachok itu.

"Beliau kekal sebagai ahli majlis syura seperti biasa dan tiada apa-apa tindakan sebab tiada apa-apa masalah," katanya lagi.

Mesyuarat malam tadi turut dihadiri Nasharudin selaku ahli Majlis Syura PAS yang dilihat tiba di ibu pejabat PAS, kira-kira jam 8.55 malam.

Mursyidul Am Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut hadir mempengerusikan mesyuarat.

Bagaimanapun beliau yang juga Menteri Besar Kelantan dilihat meninggalkan bangunan ibu pejabat parti itu kira-kira jam 9.15 malam.

Isu kedudukan Nasharudin menjadi tumpuan ekoran kenyataan beliau dimedia arus perdana yang menggesa PAS mempertimbang semula kenggotaan dalam Pakatan Rakyat berikutan pendirian Pengerusi DAP, Karpal Singh dalam isu hudud. HD

P/S : Memang tak ada apa-apa masalah pun! Dia jumpa Najib bukan berdosa besaq. Dia hentam Karpal Singh cuma pandangan peribadi dia, padanlaa sekali sekala kena tibai juga Karpal yang suka dok cakap merapu mengenai hudud macam UMNO jugak. Habih tu nak ambil tindakan dekat Ustaz Nasha pasai apa? Tudia, UMNO pun terduduk takleh nak kata apa..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular