Monday, September 24, 2012

Oiit!!! Mahathir sekali lagi pertikai Hukum HUDUD dan SUNNAH RASULULLAH SAW..Hassan JATI, Brahim Katak & KJ tak nak demo ke??


Ketika beliau menjadi Perdana Menteri, Mahathir bukan sahaja pernah menghina Rasulullah S.A.W malah beliau juga mempersendakan hukum hudud..
 Apa yang dia kata tentang Hudud dan Rasulullah S.A.W. sila baca di ( SINI ) dan di ( SINI ) Kini biarpun telah lama meninggalkan jawatan dan berusia 87 tahun, Mahathir sekali lagi mengulangi perbuatannya itu dengan jelas dan nyata. 
 Beliau menyatakan bahawa perlaksanaan hukum Hudud di negara ini akan mewujudkan sistem kehakiman yang tidak adil di negara ini

 Bercakap dalam forum Islam dan Kesihatan Wanita hari ini, beliau berkata hudud punya kelemahan dan ianya tidak sesuai untuk digunapakai di dalam negara kita yang punya berbilang bangsa ini kerana ianya hanya menghukum ummat Islam. "Dalam hudud, jika anda mencuri tangan anda akan dipotong, tetapi hukuman itu hanya untuk orang yang berugama Islam sahaja tidak untuk bukan Islam yang mencuri jumlah wang yang sama. Ini bukanlah satu perkara yang adil” katanya kepada hadirin semasa sessi soal jawab. 

 Beliau juga mempertikaikan perlaksanaan hukum Hudud terhadap pesalah rogol,di mana empat orang saksi dikehendaki untuk mensabitkan pelaku. "Hari ini kita mempunyai alat moden yang setara DNA. Anda boleh mengumpul bukti rogol melalui mengumpul sampel DNA dan membandingkan mereka dengan pesalah. "Sesungguhnya, kita boleh menerima keterangan mengikut keadaan walaupun tidak ada empat orang saksi. 

 "Dalam Islam, perkara yang paling penting adalah keadilan. Apabila anda menilai, anda mesti memastikan keadilan telah dilaksanakan . Jika anda menilai mengetahui dengan jelas bahawa ini adalah tidak adil, maka saya fikir ia adalah tidak islamik, "katanya. - Anak Sungai Derhaka

"Di Malaysia ada debat tentang hukum hudud dan kecenderungannya adalah mengenakan hukuman paling berat sebagai tanda kita lebih Islamik berbanding orang lain.

Tetapi kita lebih gemar kepada hukuman berbanding keadilan. Dan hukuman yang kita suka jatuhkan biasanya yang paling berat yang tidak dijumpai dalam al-Quran, "Saya dapati kita kurang mempercayai perkara yang yang terkandung dalam Quran tetapi lebih (percaya) apa yang diajarkan kepada kita dalam sunnah dan hadis - yang sebenarnya tidak wajib."Kita cenderung jadikan perkara yang tidak wajib itu (sebagai) wajib." 


 ADAKAH MAKHLUK INI INGIN MMEBERITAHU BAHAWA HUKUM MAUSIA ITU LEBIH BAIK DARIPADA HUKUM ALLAH? DAN SUNNAH NABI DAN HADIS ITU BUKAN SESUATU YANG WAJIB DIIKUTI OLEH UMAT ISLAM? KADANG2 TERFIKIR... APA SEBENARNYA ANUTAN AGAMA YANG DIPEGANG OLEH MAKHLUK INI?


UCAPAN MAHADIR DICOPY DARI UTUSAN MALAYSIA 20 MEI 2000.... KORANG FIKIR LA SENDIRI APA MAKSUD DIA??? PENING ORANG TUA NE...KELIRU KAN RAKYAT DGN IDEOLOGI DIA... NI ULAMAK NO 1 NEGARA KALU KORANG NAK TAU..MUFTI PUN DIA BUANG...TUN SALLEH ABBAS HAKIM TERBAIK PUN DIA KASI CANTAS...RAKYAT MESIA DI MEMALI DIA SURUH BUNUH...BANYAK DOSA ORANG NE SBB TU DIA TAK SENANG DUDUK BILA TENGOK UMNO/BN DIAMBANG KEJATUHAN... 

Berkaitan dgn Kes Rogol :
1. Hukum hudud tidak bicara kes rogol tapi bicara kes zina, yakni suka sama suka. Beza rogol dengan zina ialah satu paksa, satu suka sama suka. Zina bicara ikut hudud manakala rogol bicara ikut takzir atau sekarang ni disebut Penal Code.. dah ada pun dang-undang tu. 

 Berikut adalah kesalahan-kesalahan hudud: 
a) Sariqah (mencuri); 
b) Hirabah (merompak); 
c) Zina (melakukan persetubuhan haram); 
d) Qazaf (membuat tuduhan bahawa seseorang itu melakukan zina yang mana tuduhan itu tidak dapat dibuktikan dengan empat orang saksi); 
e) Syurd (meminum arak atau minuman yang memabukkan); dan 
f) Irtidad atau riddah (keluar daripada agama Islam). 

Semua kesalahan hudud itu adalah berdasarkan nas Al-Quran... jangan dok pertikailah! 

2. Apa kes pun yang berlaku, melibatkan jenayah syariah atau sivil ia tidak terus di bawa ke mahkamah tetapi mesti melalui proses siasatan. Kadang-kadang siasatan tu memakan masa yang lama bagi untuk mengumpul bukti. 

Misalnya kes 'khalwat' Badrul Amin dah berbulan sampai sekarang tak habis lagi siasatan dan mungkin akan memakan masa bertahun-tahun lagi baru siap (contoh saja tu). 

Nak habag kata siasatan untuk kes syariah memang teliti. Selepas siasatan selesai serah pula kat pendakwa untuk dakwa bawah seksyen apa. Kalau pendakwa kata siasatan tak lengkap patah balik kat polis atau pihak berkenaan, kalau tak cukup bukti tak boleh dakwa. 
Kes rogol, sumbang mahram secara paksa kena masuk Penal Code, tak boleh dakwa bawah hudud. Hanya kes yang jelas berkaitan kesalahan hudud baru bicara ikut hukum hudud. 

3. Semua kes jenayah syariah kena dibaca atau dirujuk dengan semua enakmen yang sedia ada. Baca SINI


 Jika Ngeh dikutuk habis-habisan oleh pencacai-pencacai UMNO kerana kenyataannya yang dikatakan menghina Islam .. adakah pemuda-pemuda UMNO yang mengadakan demo mengutuk Ngeh ketika PAS/PR mengadakan demo mengutuk US baru-baru ini berani mengadakan demo di hadapan rumah Mahathir yang jelas menghina hukum Allah ini??

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular