Monday, September 3, 2012

Isu Bendera : ‘Sang Saka Bangsa’ apa cite??? +Video

Kenyataan Media – Polemik Sang Saka Malaya 
Polemik Sang Saka Malaya Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) ingin memberikan respon balas ke atas polemik mengenai ‘Sang Saka Malaya’ yang kini digembar-gemburkan oleh media Umno-BN dan juga penggiat siber.

Isu ini dilihat bermula apabila ada beberapa anak muda yang mengibarkan bendera Sang Saka Malaya sewaktu perhimpunan aman Janji Demokrasi pada malam 30 Ogos 2012. Insiden ini kemudiannya dipolemikkan melalui media khususnya Utusan Malaysia yang pada hari ini juga, telah menyiarkan keberkaitan ciptaan bendera tersebut dengan seorang pimpinan AMK pusat. 

Sebagaimana yang telah ditegaskan oleh Ketua Umum KEADILAN, DatukSeri Anwar Ibrahim, tidak ada sebarang cadangan pun untuk menukar ganti Jalur Gemilang dengan Sang Saka Malaya [SINI] dan [SINI]

Apa yang berlaku cumalah manifestasi suara anak muda yang cerah fikiran dan tajam pengamatan sejarahnya dalam meraikan sumbangan dan semangat tokoh-tokoh kemerdekaan yang ‘didiamkan’ oleh buku-buku teks sejarah seperti Almarhum Dr. Burhanuddin al-Helmy, Almarhum Ishak Haji Muhammad atau Pak Sako, dan lain-lain lagi. 

Sejarah telah menunjukkan bahawa elemen Merah Putih di dalam Sang Saka Malaya ini merupakan antara cadangan awal gabungan politik pertama di Tanah Melayu, iaitu PUTERA-AMCJA yang dipimpin oleh Dr. Burhanuddin dan Tun Tan Cheng Lock untuk dijadikan bendera negara selepas kemerdekaan berjaya diraih

Jangan kita lupa, PUTERA-AMCJA dipelopori oleh Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pimpinan Dr. Burhanuddin, parti pertama tanah air yang berani menggunakan slogan ‘Merdeka’ sebagai semboyan perjuangannya. PKMM kemudiannya diharamkan British dengan ‘endorsement’ oleh Umno. 

Sungguhpun begitu, pada 1949 dengan perkenan Majlis raja-raja, inisiatif untuk melakar bendera baharu untuk Tanah Melayu telah dimulakan dan lahirlah bendera Tanah Melayu setelah reka bentuk bendera tersebut mendapat kelulusan Raja George VI pada 19 Mei 1950. Pada 31 Ogos 1997, ia dimasyhurkan dengan nama Jalur Gemilang. Dan status Jalur Gemilang sebagai panji negara terus kekal tanpa pertikaian sehingga ke hari ini. 

AMK memberi penegasan, bahawa isu ini tidak mempunyai asas untuk dipolemikkan sama sekali. Apa yang jelas kelihatan isu ini cuba diperbesarkan seolah-olah menjadi satu isu yang berpotensi mengancam keselamatan negara. 

Di saat Perdana Menteri menyeru generasi muda mempunyai fikiran yang terbuka dan harus menerobos sempadan kemustahilan, adalah sesuatu yang dangkal apabila ada generasi muda celik sejarah ditekan hanya kerana mempunyai idea yang berbeza dalam mengiktiraf sejarah. 
sang saka merah putih bangsa
Bendera Sang Saka Bangsa ! [ Baca SINI ]

AMK juga merasa pelik apabila wujud juak-juak ‘laskar siber’ Umno-BN yang kononnya mengaitkan Sang Saka Malaya dengan pengaruh negara-negara jiran. Justeru AMK ingin mencabar Umno, sekiranya mereka melihat elemen ‘Sang Saka’ adalah satu ancaman, maka Umno-lah harus menukar lambangnya ‘Sang Saka Bangsa’ berkuat kuasa serta merta kerana jelas terbukti bahawa hanya Umno sahaja parti yang menggunakan elemen “Sang Saka” selaku lambang rasminya sejak awal penubuhan sehinggalah ke hari ini. 

Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia

Individu dikenali sebagai Singa Selatan bersama rakannya, Zairi (kanan) mengibar bendera Sang Saka M
Isu Bendera: Pandangan Peribadi Najwan 
Dari Malaysiakini 3 September 2012 AMK: Sang Saka Malaya pandangan peribadi Najwan Pemuda PKR (AMK) hari ini menegaskan tindakan seorang pemimpinnya memperkenalkan bendera “Sang Saka Malaya” tidak mempunyai sebarang kaitan dengan sayap kanan PKR itu. Klik SINI , [SINI]

Ketua Angkatan Muda PKR (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin berkata, mereka tidak pernah membincangkan bendera rekaan timbalan ketua penerangannya Najwan Halimi itu. Bahkan, kata Shamsul lagi, rekaan itu juga dikemukakan pada 2007 sebelum Najwan dilantik sebagai pemimpin AMK. 

“Saya percaya rekaan itu merupakan pandangan beliau dan manifestasi beliau sebagai seorang anak muda yang memberikan satu penilaian sejarah. “Saya percaya elemen merah dan putih menjadi satu asas kepada rekaan beliau. 

Cuma Utusan mengaitkan dengan pemimpin AMK. “Oleh kerana beliau sekarang timbalan ketua penerangan AMK, apa yang dilakukannya pada 2007, saya fikir tidak ada masalah, dan tidak harus dikaitkan dengan pendirian sayap muda PKR,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini. — Malaysiakini


Sang Saka Malaya [SINI]

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular