Sunday, September 9, 2012

Berita ni konpom tak keluar TV3.. Cawangan UMNO Lenyap!!!


Umno Perak menerima tamparan !! 35 keluar parti serta bubar satu cawangan.
Umno Pasir Salak menerima tanparan hebat dimana seramai 35 orang ahli Umno cawangan Pulau Juar di DUN N 49 Kampung Gajah dengan rasmi keluar parti semalam .
Penyerahan borang beramai ramai untuk menjadi ahli Pas telah diserah kepada Mantan Menteri Besar Perak Dato Sri Nizar Jamaludin pada satu majlis jamuan hari raya Pas kawasan Pasir Salak.

Penyerahan borang itu diketuai oleh Saudara Mohd Jamil yang merupakan ketua cawangan Umno Pulau Juar . Pulau Juar sebelum ini merupakan kubu Umno .Menurut sumber berita sebab mereka keluar dari parti Umno kerana rasa tidak puas hati dengan pergerakan itu.Dengan penyerahan borang keahlian untuk menjadi ahli Pas maka dengan rasminya mereka telah mengistiharkan bahawa cawangan Umno Pulau Juar di bubarkan.

Dengan berita pembubaran cawangan serta kemasukan ahli Umno Pulau Juar diharap ahli Pas serta Pakatan Rakyat kawasan Pasir Salak mempergiatkan lagi usaha agar pada pilihan raya umum yang akan datang dapat merampas Parlimen Pasir Salak ,Dun Sungai Manik serta Dun Kampung Gajah dari tangan BN. Media Perak.Com mengucapkan syabas kepada Pas kawasan Pasir Salak kerana berjaya meroboh benteng Umno di kawasan tersebut.

Bye Bye Umno…~~~ Sumber
Raikkan Ahli Baharu PAS , lenyapkan UMNO Cawangan.
10.00 malam 7 September 2012 dianggarkan seramai 1500 orang menjadi saksi bahawa terkuburnya UMNO Cawangan Kg Pulau Juar. Penyerahan borang ahli seramai 35 orang dan diikuti 13 orang yang lain, maka ianya menjadi catatan sejarah di lokasi tersebut.
Tuan rumah

PAS Kawasan Pasir Salak yang diketuai oleh Sdra Muhaimin Sulam bersama tetamu kehormat DS Ir. Hj. Nizar Jamaluddin meraikan kemasukkan mereka dalam suasana penuh kemeriahan. Lembu dan kambing menjadi korban. 

Semangat kerja berpasukan semakin jelas kelihatan. Gandingan Penduduk Tempatan di perkarangan Rumah Keluarga Sdra Nazir, AJK PAS Kawasan Pasir Salak, Dewan Pemuda PAS Kawasan Pasir Salak, AJK PAS MTD Kg Gajah, AJK MTD Sungai Manik, MTPD dan seluruh jentera PR setempat.

Gelombang sokongan anak muda telah membawa kepada penampilan istimewa BBS iaitu Band Budak Sembahyang dan Mael Wing. Mereka menghiburkan kehadiran penduduk dan orang ramai secara santai dan berdakwah.
Band Budak Sembahyang

Sdra Muhaimin Sulam YDP Pas Kawasan, Sdra Drs Ishak Shaari bakal calon N49 Kampung Gajah dan DS Ir. Nizar Jamaluddin telah menyampaikan ucapan penuh bermakna secara santai berlegar-legar ditengah-tengah 1500 orang yang hadir. Ini membawa juta makna keakraban dan sokongan padu semakin mantap di Kawasan Pasir Salak dan khususnya Kampung Gajah.
Musuh pastinya tidak akan berdiam diri, malah sekiranya menafikan UMNO terbubar di kampung ini , jelaslah kepada kita ahli-ahlinya pasti orang luar dari kampung ini sendiri. Kenyataan ini bersandarkan dengan kemasukkan ahli (orang kuat) mereka kini menyebelahi PAS kini.

Terima kasih buat seluruh jawatankuasa yang telah menjayakan program meriah seumpama ini terutama penduduk tempatan yang gigih melaksanakan tugas sejak sebulan lalu. Allahu Akbar!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular