Saturday, June 4, 2011

PERKASA Kecewa Dengan Kepimpinan Baru PAS?


Perkasa dakwa barisan baru PAS ‘suara’ Anwar

Oleh G Manimaran

GOMBAK, 4 Jun – Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali mendakwa suara Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam PAS ekoran keputusan pemilihan 2011-2013 ditentukan dan dicerminkan oleh pengaruh Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.


“Suara Anwar dalam PAS ditentukan oleh (Mursyidul Am PAS) Datuk Nik Aziz dan (Presiden PAS) Haji Hadi (yang) jadi pak turut... yang lain tidak releven... memang ada yang Erdogan, ulama dan macam-macam lagi.

“Tetapi semua tidak beri apa-apa kesan kecuali Datuk Nik Aziz dan pak turut Haji Hadi,” kata Ahli Parlimen Bebas dari Pasir Mas, Kelantan ini dalam satu kenyataan SMS mengulas keputusan pemilihan pusat PAS yang diumumkan pagi tadi.

Pada pilihan raya umum 2008 Ibrahim bertanding di kerusi Parlimen Pasir Mas menggunakan lambang PAS.

Mohamad Sabu dipilih sebagai timbalan presiden menewaskan penyandang Nasharudin Mat Isa dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Kerusi naib presiden dimenangi oleh Salahuddin Ayub, Datuk Paduka Husam Musa dan Datuk Mahfuz Omar.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali pula berkata kemenangan Mohamad atau dikenali sebagai “Mat Sabu” pasti akan mengecewakan Nik Aziz, Hadi dan puak ulama dan puak Erdogan.

“Mat Sabu hanya belajar di ITM dan tidak tamat, bukan lulusan pengajian agama Timur Tengah. Ianya memalukan gulongon ulama PAS kerana Mat Sabu tiada kelulusan akademik manakala puak Erdogan juga lagi kecewa kerana Mat Sabu tidak sokong Anwar,” katanya dalam kenyataan berasingan.

“Malah Mat Sabu yang mengelar Anwar Al-Juburi... kehebatan Mat Sabu, namanya Muhamad sama nama Rasullulah, tapi nama bapa Sabu.. tiga naib presiden pula adalah tokoh duniawi iaitu dua ada ijazah dan satu lagi dikatakan hanya SPM saja.

“Pada pendapat saya barisan pimpinan PAS baru ini semakin menyukarkan usaha ke arah perpaduan Melayu,” kata beliau lagi.

Kata Syed Hassan, lebih dikesali Hadi terus mengajak ahlinya PAS menjauhi Umno sedangkan terus menegaskan akan setia bersama DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat.

“Tidak satu ayat pun semasa ucapannya pada majlis perasmian Muktamar PAS semalam boleh diertikan PAS sedia ke arah persefahaman seluruh umat Melayu dan Islam.

“Serangan Hadi terhadap Umno dalam ucapannya itu tidak menghairankan sebab pemimpin Umno juga kerap menyerang PAS di setiap kali perhimpunan Umno,” katanya sambil menambah, namun PAS dengan imej Islam sepatutnya memulakan langkah perpaduan kerana Islam menuntut umatnya mengikat dengan kukuh perpaduan semasa Islam. - PERKASA


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular