Tuesday, May 31, 2011

SPRM tutup fail dua kes berprofil tinggi

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menutup fail dua kes berprofil tinggi membabitkan Peguam Negara, Tan Sri Abd Ghani Patail dan bekas Ahli Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah, Tan Sri Robert Phang.


Pengerusi Panel Penilaian Operasi (PPO) SPRM, Tan Sri Hadenan Jalil, berkata dalam mesyuarat PPO kali kedua bagi tahun ini, panel bersetuju dengan suruhanjaya itu yang tidak mengambil tindakan lanjut terhadap dua kes terbabit selepas menjalankan siasatan terhadapnya.


"Dalam mesyuarat hari ini kita telah menyemak hasil siasatan dan keterangan yang telah diperoleh daripada SPRM mengenai dua kes itu, dengan ini panel sebulat suara bersetuju untuk menutup kes berkenaan," katanya pada sidang media.

Katanya, dalam kes siasatan Abd Ghani, yang dikatakan mendapat pembiayaan bagi menunaikan ibadah haji, panel itu berpuas hati bahawa siasatan tidak menunjukkan keterangan bagi sebarang kesalahan jenayah.

Menurut Hadenan, dalam kes Phang yang dikatakan cuba memberi sogokan kepada seorang Ketua Setiausaha Kementerian, panel itu berpuas hati bahawa siasatan yang telah dijalankan tidak mencukupi keterangan untuk sebarang pertuduhan terhadap mana-mana pihak. - MK


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular