Tuesday, April 5, 2011

Tak Faham aku!! Yang disamak "Kedai dan Peralatan" yang ada GELETIN BABI tu serbuk kopinya

K
luang - Pejabat Agama Daerah Kluang mengadakan pertemuan bersama-sama 11 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sekitar daerah Kluang bagi menjelaskan isu samak yang dilakukan oleh Jabatan Agama Johor (JAJ) ke atas kedai kopi Kluang Rail Coffee pada 31 Mac lalu.

Kadi daerah Kluang, Mohd Khalil Md Noor berkata, pertemuan yang diadakan semalam bertujuan merapatkan hubungan dan membincangkan beberapa isu terutama berhubung isu serbuk kopi yang disahkan oleh JAJ mengandungi gelatin babi.

“Isu ini diperjelas ekoran kemungkinan kebanyakan mereka sebelum ini keliru dan tidak jelas mengenai bidang kuasa JAJ dalam bab halal ini.

“Oleh kerana kekeliruan yang berlaku, mereka sudah menganggap JAJ mempunyai bidang kuasa yang terlalu luas dalam menangani isu ini (isu Kluang Rail Coffee) sdangkan JAJ hanya ada kuasa yang tertentu sahaja,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Khalil berkata, bukan itu sahaja malah, mereka juga keliru mengenai proses samak yang dijalankan oleh Bahagian Penyelidikan JAJ ke atas kedai berkenaan.

“Alhamdulillah, dengan pertemuan yang diadakan ini saya dapat jelaskan kepada mereka mengenai kewajaran samak ini dalam permulaan proses permohonan sijil halal.

“Saya jelaskan, proses samak ini bukanlah bermakna terus mendapat sijil halal tetapi perlu menjalani beberapa proses lagi sebelum berjaya mendapatkan sijil halal. Jadi, mana-mana pihak tidak boleh mendakwa sudah mendapat sijil halal selagi belum menerima sijil halal yang sah,” katanya.

Mohd Khalil juga berkata, dengan pertemuan yang diadakan ini ianya secara tidak langsung dapat menjawab berhubung mengetahui semua perkara tanpa mahu berselindung lagi.

Beliau berkata, pertemuan harus dibuat setelah NGO tersebut membuat laporan polis kelmarin berhubung isu yang berlaku ini sehingga membabitkan JAJ dalam menangani masalah ini.

“Oleh itu, saya tampil menjemput mereka dan dalam pertemuan ini, saya beri peluang kepada semua untuk meluahkan dan bertanyakan soalan. Alhamdulillah, pertemuan ini berjaya membuahkan hasil dan berjaya memberikan penjelasan terhadap isu Kluang Rail Coffee ini,” katanya. -SH (GB)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular