Wednesday, August 24, 2016

Pecah Berita Lagi!!!

MAKAR & MUNGKAR II

Seperti yang di dedahkan sebelum ini akan ada suatu pertemuan sulit untuk satu pakatan mungkar, maka sekitar jam 3 petang 24/08/16 telah berlansung pertemuan tersebut di bangunan SUK Shah Alam.

Pihak PKR di wakili oleh YB Yaakob Sapari, YB Haniza Talha dan Hj Borhan. Sementara wakil PAN ialah Saari Sungib, Ir Idzham, Ust.Samsul serta Ustazah Mariam. MB DS Azmin meninggalkan pertemuan ini bersama YB Suhaimi, memandangkan MB Azmin tidak memberi perhatian kepada PAN sebaliknya menegaskan keperluan bersama parti Bersatu yang lebih berwibawa.

YB Yaakob Sapari menegaskan pihak PKR hanya bersetuju memberi peluang  hanya dua kerusi yang boleh di wakili PAN, dan semestinya di kawasan kubu UMNO atau BN. Ketidak yakinan kepada parti *Kecil Bersuara Besar* itulah mendorong PKR menunggu rakan yang lebih berwibawa. Malah PKR menegaskan keperluan PAS di dalam PR seperti di ingatkan berkali kali oleh pimpinan PKR.

Pihak PAN tidak berpuas hati dengan tawaran "maut" tersebut dan mengancam akan bertanding di setiap kawasan PAS, hingga melupakan hasrat Rakyat terbanyak utk mengalahkan BN dan mengekalkan PR.

Pihak PAN juga menuntut supaya di istiharkan Jentera Pakatan Harapan dan bukan lagi Pakatan Rakyat, sedangkan PKR amat sedar ketidak mampuan PAN dari semua segi. Helah PAN ialah cuba menidakkan PAS.

Menyedari PAN umpama Pengemis perbincangan ini telah gagal di putuskan. Tindakan Azmin dan YB Suhaimi membelakangkan wakil PAN menunjukkan PAN bukanlah rakan politik yang boleh di percayai. 

Walhasil, PAN telah mendedahkan sifat haloba dan hamba kepada DAP kerana mensasarkan kawasan PAS bagi memastikan PAS akan tewas di semua kerusi di Selangor dan sebaliknya UMNO akan kembali berkuasa. Maka benarlah selain bertindak sebagai khadam DAP, ianya juga sebagai Tongkat UMNO.

Konklusinya, apakah itu di namakan politik Rahmatan Lil Alamin atau retorik semata.

Wallahuaklam

Ibnu Yahya Al Kurawi
Cafe SUK
Shah Alam
24/08/16

KENAPA ‘NON-MUSLIM’ DIKECUALIKAN KANUN SYARIAH?

KUALA TERENGGANU: Pengecualian orang bukan Islam daripada perundangan syariat adalah selaras dengan perbahasan dan pandangan yang ada pada sumber-sumber hukum Islam iaitu al-Quran, as-Sunnah, ijmak ulama dan qiyas. 

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, berpandukan peruntukan di dalam al-Quranul Karim, pihak Jawatankuasa Penggubal Undang-undang Syariat Kelantan dan Terengganu telah mengkaji kitab-kitab tafsir dan fekah serta melibatkan sama ahli undang-undang. 

“Jika sekiranya mereka (bukan Islam) datang kepadamu (wahai Muhammad), hukumlah mereka, ataupun biarkan mereka. Kalau kamu biarkan, mereka tidak boleh memberi apa-apa mudharat terhadap kamu. Kalau kamu hukum mereka, hukum dengan adil, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berlaku adil.
 
“Dalam menafsirkan ayat ini (al-Maidah: 2), para ustaz-ustaz, tok-tok guru buka kitab tafsir, tafsir yang kecik tak ada, tafsir yang besar-besar, Tafsir Fakhrurrazi, Tafsir Al-Manar, Fathul Bari yang menghuraikan mazhab-mazhab, mengatakan empat pandangan ulama,” jelasnya pada Kongres Rakyat Terengganu di Terengganu Equesterian Resort, Kuala Ibai, di sini 20 Ogos lalu.
 
Menurutnya, pandangan pertama mengatakan ayat tersebut dinasakhkan pada awal Nabi s.a.w memerintah di Madinah, manakala pandangan kedua mengaitkannya dengan hukum qisas di mana ketika berlaku pertikaian antara kabilah-kabilah Yahudi, Nabi menyuruh mereka merujuk kitab Taurat.
 
Manakala pendapat ketiga terangnya, berkait bangsawan Yahudi yang berzina tetapi mereka membatalkan hukuman hudud, padahal hukum tersebut ada dalam Taurah. 

“Mereka ingin menguji Nabi Muhammad s.a.w, betul ke Muhammad ini Rasul? Kita tanya dia. Ada kalangan mereka yang mengatakan, jangan pergi, kalau pergi boleh penyakit. Tetapi ada yang pergi juga, tanya. Nabi kata, buka kitab Taurah, ada hukum hudud dalam Taurah.
 
“Keempat, ulama mengatakan ayat ini tidak dinasakhkan. Pengajaran dalam Quran mengikut lafaz yang umum, bukan sebab yang khusus, ini pendapat yang terkuat. Maka, lajnah jawatankuasa yang menggubal undang-undang ini mengambil pandangan orang bukan Islam diberi pilih, dan kita tidak bertembung dengan Perlembagaan (Malaysia). 

“Bertembung dengan Perlembagaan, undi balik, kena dua pertiga, tak boleh, ada dia punya sandaran yang boleh kita pakai,” terang beliau. 

Tuan Guru turut meyakinkan bahawa usaha untuk menghalang Islam tidak akan berjaya kerana Allah pasti menyempurnakan cahaya Islam di mana al-Quran dan ilmu Islam tidak boleh dihapuskan.

Demikian itu serunya, menjadi tanggungjawab orang Islam mengilmukan masyarakat dengan Islam kerana pendidikan merupakan agenda pertama diatur Allah s.w.t ke atas manusia sebagaimana ayat 30 dan 31 surah al-Baqarah.

“Bukan terus dicipta Adam dan Hawa dihantar ke bumi, tidak! Diilmukan dahulu, ditarbiyah, dimasuk ke dalam syurga. Ditarbiyah dengan mengenal halal dan haram, mengenal baik dan buruk, batas-batas larangan, mengenal pakaian, makanan, minuman dan lain-lain.
 
“Setelah mengenal semua, Allah Taala tarbiyah dengan melakukan dosa dan kesalahan, ditipu oleh iblis. Kena tipu pun, tarbiyah juga. Ditipu oleh iblis, tarbiyah yang sangat berkesan kerana kesalahan. Adam dan Hawa ditelanjangkan oleh Allah, tutup jasad dengan daun-daun pokok syurga, 
  
“Dihantar dalam keadaan tak ada pakaian Adam dan Hawa. Apa salahnya berilah subsidi kain pelekat ke ataupun air mineral ke sebotol? Tak ada. Kamu turun ke bumi, cari sendiri dengan ilmu dan tarbiyah yang diatur oleh Allah Taala. Ini agenda yang pertama ilmu dan tarbiyah,” jelas beliau.
 
Terangnya, agenda ilmu juga dimulakan ke atas Nabi akhir zaman yang hidup, bermasyarakat, beribadah membina pembangunan dan perniagaan dengan ilmu serta mengambil ilmu dari pelbagai bangsa lalu diterjemahkan ke Bahasa Arab.

Demikian itu katanya, bahasa ibunda penting dalam peranannya sebagai asas memperkasakan ilmu sesuatu bangsa, sebelum lanjutan ilmu boleh dengan bahasa asing atau dari pihak yang menyampaikan ilmu lanjutan itu.

Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my 

BREAKING NEWS!!! Penghinaan Yg Amat Memalukan Kpd PAN!

PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar baru2 ini membuktikan PAN gagal mendapat sokongan orang Melayu seperti diharapkan ... kini kewujudan Bersatu sebagai mengisi kegagalan PAN itu ... tidak terkejut jika beberapa kerusi yang sebelum ini dikenal pasti untuk PAN bertanding pada PRU ke-14 nanti dipercayai akan diserahkan kepada Bersatu .. peranan PAN pada PRU akan datang sekadar jadi tukang pacak bendera DAP, PKR dan Bersatu.

MOHON PENJERNIHAN DEMI KEBENARAN.

Sumber dalaman PKR...
Pimpinan Pkr yg diketuai Azmin Ali akan mengadakan pertemuan sulit dgn pimpinan PAN bagi berunding tentang agihan kerusi DUN di Selangor dalam masa terdekat.

Demi menjaga hati PAN dan mengelakkan pertembungan 3 penjuru di Selangor akhirnya Azmin dan Pkr bersetuju memperuntukkan beberapa kerusi Dun di Selangor kepada PAN. Di tambah dengan kehadiran Bersatu yang juga menagih kerusi PKR dan PAS, apakah PKR punya prinsip membelakangi DSAI untuk memberi tempat kepaa Parti Tun M ini.

Sewajarnya Bersatu menumpukan usaha menarik seramai mungkin pengikut UMNO, bukan menyedut keahlian dari kalangan PKR. 

Tindakan mengemis kerusi adalah penghinaan yang amat memalukan kepada PAN selepas membawa lari kerusi PAS. Persoalannya jikapun di beri peluang kepada PAN bertanding secara solo, apakah PAN mampu menang? Pengundi menilai PAN tidak lebih dari seekor Ular sahaja. Dengan asuhan agama sekian lamapun mereka boleh mematuk Parti terdahulu, apalah sangat suatu Pakatan yang amat longgar.

Fasa berikutnya, amatlah wajar saranan beberapa pihak PAN di rehatkan, atau di serapkan ke dalam mana mana Parti sedia ada(?=Ular) atau terbaiknya sertai DAP sahajalah.

Wallahuaklam

Ibnu Yahya Al Kurawi
Library
Jalan Raja Uda.
24/08/16

Sunday, August 21, 2016

Apa alasan PAS mendahulukan RUU daripada tindakan tindakan lain?

Soalan: Kenapa PAS mementingkan undang undang Islam sedangkan Rakyat masih memerlukan kebajikan ekonomi dan keluar dari Kemiskinan. Apa alasan PAS mendahulukan RUU daripada tindakan tindakan lain?

Jawapan:

PAS adalah harakah Islam yang menggunakan Politik untuk memuliakan ISLAM dan mengajak manusia selamat dan selesa dengan janji ALLAH bahawa Islam adalah Rahmat untuk seluruh Alam. Maka, tindakan PAS membawa usaha RUU 355 dan sebelumnya seperti pindaan undang undang Islam peringkat Negeri adalah mengikut apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW. PAS berpegang kepada laksanakan perintah ALLAH sepertimana Rasulullah laksana, maka selepas itu rahmat ALLAH datang bersama usaha usaha manusia yang mencari kebahagiaan anugerah ALLAH SWT.

Untuk Menjawab, kenapa PAS seolah olah dahulukan RUU berbanding ekonomi dan kebajikan? Hendaklah dilihat juga tindakan Nabi saw di awal Nabi Menjadi Pemimpin Umat Islam di Madinah.

Nabi Muhammad Saw berhijrah ke Madinah dan dilantik menjadi ketua bagi umat ISLAM yang telah menyatukan Aus dan Khazraj sebagai Ansar dan Kaum muhajirin quraisy dari Mekah pada tahun 622 masihi.

Apa Nabi buat setelah jadi Pemimpin Madinah? Kebiasaan orang menumpukan kepada Nabi membina Masjid, membuka pasar untuk orang beriman, tetapi lupa kepada satu proses PENTING iaitu Nabi mengumpul kesemua ketua kabilah dan pemimpin pemimpin kampong kecil yang ada di Madinah untuk mereka bersama sama bersetuju menandatangani satu perjanjian yang menjadi sebagai sebuah Perlembagaan Bertulis sempurna yang pertama iaitu Piagam Madinah. Nah, Piagam Madinah inilah, usaha pertama Nabi mendapat persetujuan secara demokrasi daripada semua ketua kaum di Yathrib ketika itu untuk bersetuju mengangkat Nabi sebagai Pemimpin dan Juga yang terpenting menyatakan persetujuan bahawa sekiranya berlaku masalah kehakiman dan keadilan, perkara tersebut akan dihukum berdasarkan wahyu Allah dan kebijaksanaan Rasulullah Saw ( yang kita kenali sebagai Sunnah).

Wujudnya Piagam Madinah pada tahun 622 masihi ini, atau seawal tahun pertama Hijrah ini, membolehkan Nabi melaksanakan hukum hukum Islam selepasnya. Pembahagian zakat, pembahagian ghanimah, fai dan kebijaksanaan kebijaksanaan politik lain untuk menguruskan keberkahann ekonomi dan kebajikan Negara Berdaulat Madinah yang dipimpin Nabi Muhammad SAW.

SEJARAH ini menjadi landasan awal kenapa PAS berusaha memuliakan syariat ISLAM melalui Dewan Undangan Negeri dan Dewan Rakyat di Parlimen. Pindaan RUU 355 yang diajukan oleh Presiden PAS ini adalah lanjutan kepada usaha PAS memuliakan syariat ISLAM dengan melalui jalan demokrasi yang diterima sebagai cara muwajahah silmiyyah dalam dakwah ISLAM.

Soal kebajikan ekonomi, kemiskinan tetap menjadi agenda PAS. Namun, kesemua itu tidak menolak seawal Nabi melakukan piagam Madinah, Orang orang Madinah yang Islam rata ratanya adalah miskin dan tidak berharta. Namun, tetap sahaja Nabi mendapatkan Hak undang undang dan pengesahan berhukum dengan ISLAM secara demokrasi bagi menunjukkan Ia boleh dilakukan kepada kita di akhir zaman ini.

Maka, inilah jawapan kami kepada yang ragu ragu dengan tindakan PAS memperjuangkan pindaan RUU355. Jawapan kami adalah dari Sunnah Rasulullah SAW, kerana kami mahu mengikut jejak langkah Nabi SAW dalam berpolitik dan mencari kebajikan dan rahmat untuk rakyat.

Resolusi Kongres Rakyat Terengganu

Setelah menerima usul-usus dari akar umbi rakyat, mendengar secara langsung pandangan dari seluruh sektor masyarakat melalui wakil-wakil NGOs dan NGI serta mengambil kira pandangan pimpinan dan tokoh-tokoh masyarakat, maka Kongres Rakyat Terengganu yang bersidang hari ini, 17 Zulhijjah 1437H bersamaan 20 Ogos 2016 merentasi isu-isu utama: agama, politik, pemerintahan, kepimpinan negeri, ekonomi, pembangunan, pendidikan, kebajikan, sosial, belia dan wanita,

MENGISTIHARKAN:-

1. Bersatu bagi “Membina Terengganu Sejahtera” melalui kebebasan demokrasi dan pendekatan budaya matang serta sejahtera dalam menangangi proses perubahan kepimpinan dan pemerintahan negeri bagi menjamin kestabilan dan keharmonian negeri.

2. Bertindak menyedarkan rakyat ke arah mengembalikan semula tunjang-tunjang sistem ketatanegerian yang adil dan saksama bagi semua kaum, agama dan pegangan politik melalui keluhuran Undang-Undang Tubuh Negeri Terengganu berpaksikan Al-Quran, Sunnah, Ijma’ Ulama’ dan Qias yang muktabar.

3. Menjadikan Islam sebagai dasar pemerintahan dan pembangunan negeri dengan usaha memartabatkan Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah melalui dokongan padu kepada pindaan Rang Undang-Undang 355 sebagai langkah pemerkasaan frasarana pelaksanaan Mahkamah Syariah di Malaysia.

4. Berusaha sedaya upaya mengembalikan hak dan kedaulatan negeri Terengganu daripada dinafikan oleh kerajaan persekutuan terutama royalti petroleum, Bertam 307 termasuk penggunaan wang rakyat negeri bagi pembangunan projek persekutuan sebaliknya menangguhkan pembinaan hospital di Dungun, Kemaman dan UniSZA yang menjadi tanggungjawab kerajaan pusat.

5. Mendesak kerajaan menubuhkan satu “Task Force” bagi merangka Pelan Perindustrian berpotensi besar dan mempunyai kesan multiplier dalam memacu Industri huluan dan hiliran, petroleum serta pelancongan, pertanian dan lain-lain dengan keutamaan kepada strategi merakyatkan ekonomi negeri melalui keutamaan pembukaan peluang usahawan dan kerjaya kepada anak negeri.

6. Menjadikan agenda pendidikan sebagai wahana terpenting dalam pembangunan insan secara holistik dengan mendesak kerajaan mengembalikan semula bantuan kewangan pelajaran di dalam dan di luar negara disamping mewajibkan pendidikan agama dan moral sebagai teras pembinaan akhlak dan jatidiri rakyat.

7. Bertindak untuk menggesa kerajaan supaya diwujudkan segera satu badan perunding bagi pembangunan belia (generasi Y) yang inklusif merentasi semua kluster, demografi dan etnik penduduk negeri ini agar mencapai tahap glokal setanding dengan negeri-negeri maju di Malaysia.

8. Menggesa kerajaan negeri agar memperkasakan Jabatan dan Agensi Pembangunan Wanita bagi menjamin penyertaan yang adil dan saksama kepada golongan wanita dalam semua sektor disamping menjamin kebajikan dan keselamatan wanita melalui pemerkasaan pelaksanaan Undang-Undang Keluarga Islam di negeri ini.

Bagi menggerak dan merealisasikan Resolusi tersebut, maka seluruh lapisan rakyat dengan dipimpin oleh NGOsserta pimpinan masyarakat menggagaskan:

AGENDA BERTINDAK:-

1. Menubuhkan pasukan petugas khas bagi setiap sektor isu rakyat untuk diambil langkah susulan.

2. Menghasilkan sebuah Memorandum Rakyat Terengganu untuk dipanjangkan kepada peringkat tertinggi pemerintahan dan kerajaan negeri serta kerajaan pusat dengan tujuan untuk melaksanakan semua usul yang dinyatakan dalam Kongres Rakyat Terengganu.

3. Mengadakan dialog dengan Jabatan-Jabatan dan Agensi-Agensi Kerajaan serta Swasta yang berkaitan berdasarkan isu-isu rakyat bertujuan mewujudkan solusi bersama.

4. Menganjur Perhimpunan Rakyat berdasarkan isu utama yang dibangkit bagi memperteguhkan dokongan rakyat terhadap semua isu yang diperjuangkan.

5. Menubuhkan Sekretariat Tetap Kongres Rakyat Terengganu bagi mengambil langkah susulan dan menjadi pusat mobalisasi rakyat melalui jaringan-kebersamaan NGOs, Jabatan dan Agensi Kerajaan serta Swasta.

SEKRETARIAT 
KONGRES RAKYAT TERENGGANU
TERENGGANU EQUESTRIAN RESORT
PADA 20 OGOS 2016