Seorang CEO sebuah syarikat penerbangan berpendapat bagi menguasai pasaran yang terbuka kita harus bergerak tanpa berlandaskan garisan etnik dan jantina. Kita harus menjangkaui pasaran peringkat serantau dan global.
Kita juga harus sedar bahawa pasaran Malaysia adalah terlalu kecil. Kita di kelilingi oleh pasaran besar seperti China, India dan Indonesia. Malah, pasaran Thailand, Vietnam dan Filipina adalah jauh lebih dua kali ganda saiz pasaran Malaysia.
Jadi, untuk hidup kita perlu menjangkau dan aktif melibatkan diri di dalam skala itu.
Kita mesti bergerak keluar dari dikuasai oleh agenda politik dari sudut keseluruhan pepecahan serta penguasaan dan bergerak di luar kepompong bangsa. Lupakan kebangsaan. Ada peperangan yang lebih besar di antara Malaysia dan seluruh dunia.
“Apabila saya pulang dari luar negara. Malaysia di dalam tempoh 10 tahun yang lalu telah menjadi terlalu jumud dan tertumpu kepada etnik-centric.
Sehingga sampai satu tahap di mana saya dan [isteri saya] Azreen menarik keluar anak kami dari Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara kerana ia merupakan persekitaran sekolah yang sangat berbeza jika dibandingkan ketika kami berada di sekolah 20 tahun dahulu. Ia kini sangat ‘centric-Melayu’ dan terlalu keagamaan.
Kami telah menempatkan anak kami di sekolah persendirian antarabangsa. Sebagai ibu bapa, cabaran kita hari ini ialah sekolah-sekolah kerajaan terlalu polarisasi.
Kita kini perlu aktif mencari persekitaran untuk membesarkan anak-anak kita di dalam suasana berbilang kaum dan kepelbagaian budaya. Anda perlu segera berubah sebelum anak-anak anda tenggelam ke dalam arus perdana polarisasi" Azran Osman Rani (11 September 2009).
Inilah nilai-nilai jaguh Melayu Baru yang akan menguasai pasaran dunia hari ini. Melayu harus sedar bukan setakat pasaran mereka kecil tetapi suara mereka juga semakin mengecil. - mummyrokiah
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
1 comment:
bab lain gua setuju dgn dia punya hujah tapi bab 'terlalu keagamaan'?...Jgn terlalu mengejar duniawi bro....alam akhirat yg akan kekal abadi...peace!
Post a Comment