Thursday, July 26, 2012

Kantoi ..Fitnah UMNO tak menjadi, Polis tutup kes +Video

thumbnail
Skandal KGT:Polis tutup kes

Polis Kelantan mengesahkan tiada unsur jenayah komersial yang dikaitkan dalam isu penyelewengan Kelantan Golden Trade Sdn Bhd (KGT). Ketua Polis Negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, pihaknya telah menjalankan siasatan terhadap empat laporan polis yang mendakwa KGT terlibat dengan penyelewengan.

Cukai Kereta Di Hapuskan Selepas Pilihanraya!

pkr pc rafizi thumb medium490 0 Cukai Kereta Di Hapuskan Selepas Pilihanraya!Berkemungkinan selepas pilihanraya umum ke 13 diadakan, rakyat yang selama ini terbeban dengan cukai kereta yang tinggi selepas ini mungkin dapat menarik nafas lega. 


Isu cukai kereta ini, telahpun kami perjuangkan sejak 2 tahun lepas, dimana rakyat Malaysia secara umumnya, membayar harga yang sangat tinggi untuk cukai kereta. Baca keratan akhbar di bawah.

"Padamkan gambar Fathul Bari sedang disolek" - Ketua Pemuda PAS

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan merayu kepada semua pihak khasnya penyokong Pakatan Rakyat agar jangan menyebarkan gambar Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya yang sedang disolek oleh wanita.

Ini berikutan ada pihak-pihak yang menyebarkan gambar itu untuk memalukan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (Ilmu) itu.

Monday, July 23, 2012

Lambang Salib Terbesar di Asia ada di Putra Jaya??

Sehingga kini masih tiada jawapan apakah sebabnya Kerajaan Malaysia yang dikuasai UMNO/BN membenarkan pembinaan Gereja terbesar di Asia Tenggara dan tercanggih di dunia di Negara ini. Meskipun agama Kristian bukanlah agama rasmi Negara Islam Malaysia dan jumlah penganut agama tersebut adalah lebih kecil jika dibandingkan dengan Negara jiran Indonesia dan Filipina Negara kita punya Gereja yang terbesar di Asia Tenggara.

UMNO YANG ADA KAITAN KOMUNIS

SETIAUSAHA agung DAP Lim Gua Eng menegaskan bahawa parti itu tidak mempunyai hubungan dengan elemen komunis, tidak seperti Umno yang menjalankan usaha seperti itu. Katanya, tindakan sebaliknya perlu dijalankan ke atas Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin kerana menubuhkan sekretariat tetap dengan Liga Pemuda Komunis China.

Parti pembangkang diresapi komunis... Ini buktinya +Video


KANTOI!!! Polis Cawangan SPECIAL BRANCH menyebarkan idea “KARUT” 


KUALA LUMPUR — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mesti memberi penjelasan mengapa polis Cawangan Khas (Special Branch) diberi imuniti dan kebenaran untuk menyebarkan berita ‘karut’ bahawa pengganas Jemaah Islamiyah (JI) dan bekas anggota komunis telah meresap masuk ke dalam parti Pakatan Rakyat (PR) dan akan menjadi calon dalam pilihanraya yang akan datang, kata ahli parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang

Bukti video ucapan Karpal Singh sedia berkerjasama pasal HUDUD +Video

Ketua Pemuda Pas , Nasrudin Hassan Tantawi mempertahankan kenyataannya bahawa Pengerusi DAP, Karpal Singh pernah secara terbuka menyatakan hasrat sedia mempertimbangkan pelaksanaan hudud. Tonton video Karpal secara terbuka menyatakan hasrat sedia mempertimbangkan pelaksanaan hudud sewaktu Konvensyen Pakatan Rakyat (PR) kali ke-2 di Dewan Millenium, Kepala Batas, Pulau Pinang, 19 Disember 2010.

Pengendali blog Ali Rustam dakwa tak dibayar tunggakan gaji mencecah RM24,370?

Tindakan Sinar Harian menyiarkan laporan seorang pengendali Blog sebuah parti mendakwa masih belum menerima tunggakan gaji sehingga mencecah RM24,370 menyebabkan ramai tertanya-tanya Blog dari parti manakah lelaki itu. Bagi yang sudah biasa dengan alam cyber ini, apabila disebut pengendali Blog dibayar atau Pengendali Blog Upahan ianya pasti akan menghala kepada UMNO/BN.