Wednesday, October 19, 2011

UMNO dan JUDI memang tak boleh dipisahkan : Ketua Cawangan diTANGKAP kah kah kah

Ketua UMNO Cawangan ditangkap ketika leka bermain mesin kuda!

KUANTAN, 19 Okt - Para penduduk Felda Sg.Panching Utara dekat sini gempar apabila dimaklumkan seorang pemimpin peneroka di situ telah ditangkap oleh pihak polis ketika sibuk berjudi di sebuah pusat siber haram Jalan Air Putih dekat sini. Pemimpin terbabit yang dikenali sebagai Che Mamat Abdullah, adalah merupakan Ketua UMNO Cawangan B Felda terbabit. 

Khairy - jadilah seorang dewasa

Khairy Jamaludin mempertahankan tindakan mengisukan anak Lim Guan Eng dan beliau menuduh pengkritik beliau sebagai hipokrit. Ramai yang mengkritik Khairy kerana menurut setengah pihak tindakan Khairy itu merupakan tindakan desperado UMNO. Lebih memeranjatkan lagi banyak pihak ialah isu itu diperbesarkan oleh Khairy dan beberapa blogger pro UMNO.

Himpunan Sejuta Umat: PAS Umum Pendirian: TIDAK TERLIBAT!


Himpun: PAS tidak terlibat


KUALA LUMPUR, 18 Okt: PAS yang mengadakan mesyuarat lajnah politik pada malam ini telah membincangkan isu Himpunan Sejuta Umat (Himpun) Mempertahankan Aqidah yang dijadualkan pada 22 Oktober 2011 ini.

"PAS dimaklumkan bahawa majlis ini tidak melibatkan parti-parti politik, maka PAS mengambil pendirian untuk tidak terlibat dalam himpunan tersebut sebagai menghormati kehendak penganjur program," ujar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) dalam satu kenyataan selepas mesyuarat itu, sebentar tadi.

Tuesday, October 18, 2011

MRSM SETARAF SEKOLAH RENDAH JENIS TAMIL


Peruntukan terlalu kecil kepada Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dalam Bajet 2012 sekali lagi membuktikan pembohongan Umno kononnya membela Melayu, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

7 Soalan untuk Hishamuddin


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussin telah mengumumkan akan mendedahkan berkaitan pemberian kewarganegaraan kepada warga asing dan kad pengenalan palsu kepada Jawatankuasa Terpilih Parlimen yang akan bersidang tidak lama lagi.

Jawatankuasa Terpilih Parlimen ini ditubuhkan untuk memperbaiki sistem pilihan raya di negara ini bukannya memperbaiki sistem permohonan kewarganegaraan atau memperbaiki perjalanan Jabatan Pendaftaran Negara.

cukai perkhidmatan kerajaan sebanyak 6 peratus sudahpun dikenakan



TM sudah kenakan cukai 6% sejak Mac

KUALA LUMPUR, 17 Okt: Para pengguna telefon, khususnya pelanggan-pelanggan Telekom Malaysia Berhad (TMB) yang mendapatkan perkhidmatan komunikasi dan multimedia di negara ini, mungkin tidak menyedari cukai perkhidmatan kerajaan sebanyak 6 peratus sudahpun dikenakan ke atas mereka sejak bulan Mac lalu.

Gempar : Zul Noordin tak sedar diri..


“Saya cabar Aziz bertanding pilihan raya di Kulim Bandar Baharu atau di mana-mana kawasan yang dia suka jika benar dia mahu menjadi ahli politik. Dia mesti berani meletak jawatan sebagai ahli akademik dan bertanding atas nama parti apa sekali pun.

“Saya tiada halangan dan bersedia menanti Aziz bertanding pada pilihan raya akan datang. Dia akan tahu untung nasibnya dan boleh balik ke kampungnya di Sabak Bernam,” kata Zul Nordin dipetik Berita Harian.

APA PASAI ITU UMNO HARI2 BELASAH SAMA GUA ?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiDlC1ZjZWTZ9nuWccI9YIia-PtUjfqdJbD7ZGTHHGF44WqsZuj3fsdwstc6EBail-Zr2MPrPddtdk3p2uH2DDzsmP19xY-60kwmZ32yv9aMIkTgZz1uAuYtOsgUpqgO5uPCRhJZ1X3Yi4/s320/KOH+TSU+KOON.jpgSampai kena rasuah orang suruh datang majlis yang "suam-suam kuku"

Bukan setakat terpaksa hangkut orang Gerakan, orang Umno-APCO tempat dia pun kena sumbat sama kasi nampak ramai-ramai

Macam ni ke kata nak rampas balik Pulau Pinang

Drama Liwat II: 4 Saksi Balas untuk Pertikai Pakar Pembelaan Didakwa GAGAL

[KD] KUALA LUMPUR, 18 Okt- Empat saksi balas yang dikemukakan pendakwaraya hari ini gagal mencabar keterangan pakar tulang belakang yang merawat kecederaan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Monday, October 17, 2011

‘Bolehkah orang tentang hudud sokong Akta Murtad’

KUALA LUMPUR — Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau menyokong idea agar digubal satu undang-undang khusus mengawal murtad di negara ini, tetapi pada masa yang sama menyoal sama ada pihak-pihak yang menentang hukum hudud boleh undang-undang sedemikian.

Hanya Zaman Najib Laporan Audit Tidak Diserahkan Kepada Ahli Parlimen

Ketua audit ditekan supaya tapis laporan?'
Anggota parlimen Pakatan Rakyat menuntut penjelasan sama ada ketua audit negara ditekan untuk menyunting laporan tahunannya.


Menyelar kelewatan penyerahan laporan itu, anggota parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua bertanya sama ada kerajaan takut akan hasilnya.

Che Det!! Lu yang Kurang Ajar

mahathir at global leadership forum 070905 talkingPakar perlembagaan negara, Profesor Dr Abdul Aziz Bari, hari ini, menempelak mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang membidasnya kerana mendakwa tindakan mempertikaikan titah Sultan Selangor, Sultan Shafaruddin Idris Shah adalah perlakuan kurang ajar.

“Kata Mahathir saya bersifat kurang ajar, tidak bermoral terhadap raja-raja. Adakah beliau betul?

Aziz Bari Jawab Fitnah Awang Selamat

Saya sudah mengambil keputusan untuk membawa segala fitnah dan kekeliruan yang dibawa oleh Utusan Malaysia dan pihak-pihak tertentu ke mahkamah.

Sebab itu saya tidak mahu mengeruhkan suasana. Dan saya tidak mahu terlibat dalam perbicaraan melalui media yang tidak adil ini meskipun Utusan semacam sudah menjatuhkan hukuman ke atas saya.

Di Negeri POK JIB rupanya ...

 
Sedih juga bila tengok pendedahan yang dilakukan oleh berita TV9 semalam berkenaan dengan seorang warga emas yang berusia lebih 70 tahun duduk seorang diri di dalam sebuah rumah yang amat uzur dengan berlantaikan tanah... 

AKHIRNYA UMNO JADI KUDA TUNGGANGAN

Sebelum ini dok sebok 24 jam mengatakan yang Cina nak menganiyai orang melayu di Pulau Pinang..... (Tak kiralah DAP, ka MCA atau Gerakan)......
NONE
Dan yang paling sakit menusuk jiwa, PAS diperkuda oleh DAP..

Rakyat mesti berterima kasih pada BN?

Muhyiddin menyeru supaya rakyat berterima kasih kepada BN kerana BN telah mengubah taraf kehidupan mereka selama ini. Beliau membuat seruan ini di Seremban semalam dalam lawatan kerja sehari beliau ke Negeri Sembilan. BN telah memerintah negara lebih dari 5 dekad terus menerus dan tidak pernah kita mendengar pemimpin BN mengucapkan terima kasih kepada rakyat.

UMNO, Perkasa jom demo, Ni DAP lancar kempen bantah HUDUD kah kah kah


Mana Pergi UMNO? Mana Pergi PERKASA Yang Kononnya Nak Gantikan PAS Dalam Perjuangkan ISLAM Bilamana Hukum Islam Di Perlekehkan Oleh MCA? Mana Laporan Polis Beribu-Ribu Yang Dibuat Sepertimana Mereka Buat Laporan Terhadap Mohd Sabu? Kalau Berbicara Tentang Melayu Bukan Main Lagi.. Sanggup Pertahan Hingga Titisan Darah Terakhir... Bila Berbicara Tentang Islam, Masing-Masing Membisu Seribu Bahasa Dan Tak Berani Pertahankannya... Bukan Main Lagi Kata PAS Alat DAP Tapi Sebenarnya Merekalah Alat MCA....

Sunday, October 16, 2011

maka melalak-melolong lah puak-puak bengong


DEBAT PROF AZIZ BARI DENGAN EZAM SESUMPAH DAN ZUL KULIM



APABILA Prof Dr Abdul Aziz Bari mengeluarkan pendapat beliau tentang kuasa raja-raja, maka melalak-melolong lah puak-puak yang pernah menghilangkan kuasa raja ini menghentam Pakar Perlembagaan ini. (Rujuk SINI)

Pusat berhutang kepada Kelantan, itu pun berlagak dgn Bajet Hutang 2012

Pusat hutang RM9.4b: Husam
KOTA BHARU–Putrajaya perlu men­jelaskan hutang tertunggak RM9.4 bilion kepada Kelantan, mencakupi hasil royalti minyak dan pampasan tanah yang diambil untuk dijadikan kawasan Taman Negara.

Exco Kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa berkata, anggaran hutang merangkumi RM7 bilion bagi hasil royalti minyak dan RM2.4 bilion bagi pampasan kawasan Taman Negara.